BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PAUTAN

BLOG RAKAN-RAKAN

1. Blog Cikgu Mohamad Nazri bin Basirun (Sains)
2. Blog Sekolah Kebangsaan St. Anne's Convent,Kulim,Kedah
3. Blog Sir Sazali bin Nordin (Bahasa Inggeris)
4. Blog Ustaz Norshaidi bin Md Nor ( Blog Sifu Bonsai)
5. Blog Cikgu Ahmad Sabri bin Ramli ( Blog Matematik dan Bahasa Melayu
6. bloggubahan.blogspot.com

 

“Like all good scholars, especially when attempting to unravel a complex ethnic identitiy,Andaya begins with historical records: what the Malayu left in stone monument, their artwork, their language, oral traditions and finally, written records.”

KOD 1001





Cikgu Mohd Radzi
radzi47@yahoo.com.my

KOD 1002


BUNGA TERATAI INDAH BERSERI
DIPETIK ORANG JANGAN SEKALI
KEDUA MEMPELAI BERSERI SEKALI
DISERTAKAN HANTARAN YANG SEBEGINI

KOD 1003


Anak bangsawan menjahit tabir
Sulam di tepi siku keluang
Benci tuan Cuma di bibir
Dalam hati membara sayang

KOD 1004



Air penawar di dalam kendi
Minum bergilir sebiji cawan
Gerak laku pancaran budi
Baik pekerti hati tertawan

KOD : 1005

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

KOD 1006

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

KOD 1007


Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

KOD 1008


Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Kod 1009


Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari

KOD 1010


Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

KOD 1O11


Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

KOD 1012


Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya


Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru



Gubahan Masjid